Friday, January 13, 2012

Howto Extend Laptop's Battery Life


Salam. Video di atas menunjukkan cara-cara untuk memanjangkan hayat bateri laptop anda. Antaranya, cabut bateri jika menggunakan AC power, simpan bateri di tempat sejuk, dan jangan caj sehingga 100%. Tips ini juga berguna untuk bateri telefon anda. Selamat mencuba!

Wednesday, December 14, 2011

GoldandSilver: Knowledge Center 1


Salam. Video ini mengandungi info-info menarik dan berguna mengenai apa itu emas dan perak, kelebihannya, dan fakta mengenainya. Selamat menonton, semoga anda mendapat manfaat daripadanya. 

Monday, December 12, 2011

Main Game >> Kerjaya Yang Berjaya?


Tonton video ini dan hayati mesej yang ingin disampaikan. 

Apa dapat saya simpulkan: kejarlah impian anda berdasarkan minat dan kecenderungan anda sendiri. 
Pilih kerja yang anda minat dan anda tak akan rasa anda sedang bekerja. Percayalah!

Saturday, August 13, 2011

Apa Itu Produktiviti?

Produktiviti sering diperkatakan oleh majikan atau rakan-rakan sekerja anda. Namun, tahukah anda apa sebenarnya produktiviti ni? 

Secara mudahnya, produktiviti adalah menghabiskan masa anda bagi melakukan sesuatu tugasan atau matlamat tertentu. Contohnya, jika hari ini anda merancang untuk melakukan 3 tugasan, dan sebelum pulang dari kerja, anda dapat selesaikan semua tugasan tersebut, anda memang sangat produktif! Tetapi, jika anda hanya dapat lakukan 1 tugasan sahaja dan menangguh 2 lagi tugasan kepada hari esok, anda tak produktif lah tu (mungkin banyak ber-facebook atau ber-twitter daripada melakukan tugasan...). 

Satu perkara yang menarik: 
Menjadi produktif, tak semestinya anda perlu mejadi seorang yang sibuk. Perkara ini ada kaitannya dengan "multitasking" dan "fokus". Seperti contoh di atas, jika anda cuba lakukan 3 tugas serentak, anda akan nampak sangat sibuk. Sepatutnya, anda boleh lakukannya satu persatu dengan fokus dan mengikut keutamaan. Hasilnya, tetap sama, iaitu anda dapat siapkan 3 tugasan sehari. Bezanya, anda nampak busy dan tertekan jika gunakan kaedah "multitasking", sedangkan kaedah satu lagi anda akan lebih "rilex", tenang, teratur sehingga kerja selesai dan kemungkinan besar hasil kerja lebih berkualiti dan kemas. 

Produktiviti bukan sahaja dipraktikkan di tempat kerja, malah untuk kehidupan seharian juga. Contohnya, anda merancang untuk melakukan 3 perkara pada hari Sabtu iaitu jogging, basuh baju, dan kemas bilik. Senaraikan, buat satu persatu dengan tenang, dan anda akan berasa satu kepuasan selepas dapat lakukan 3 perkara tersebut. 

Saya sengaja bagi contoh 3 perkara/tugasan sahaja, kerana kebiasaanya, jika kita letakkan terlalu banyak perkara/tugasan nak dibuat, kebarangkalian untuk selesaikan kesemuanya amat tipis. Oleh itu, lebih baik senaraikan 3 perkara/tugasan, jika selesai, senaraikan 3 perkara/tugasan yang lain. Lebih teratur bukan?

Untuk maklumat lanjut mengenai produktiviti ni, sila lawati laman web berikut: 

Harap anda dapat baiki cara kerja anda supaya lebih produktif. (Ingatan buat saya juga..). 

Terima kasih kerana sudi membaca.  

Friday, June 17, 2011

Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) & Property Investment Opportunities.

Salam.

Projek "Klang Valley Mass Rapid Transit" atau lebih popular dikenali sebagai Projek MRT adalah sebuah projek besar bagi menambahbaik sistem pengangkutan awam di kawasan Lembah Klang dan kawasan "Greater KL".  Projek ini merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi .

Laluan MRT adalah sepanjang 150km dari Sungai Buloh ke Kajang dan menghubungkan 2 sistem aliran utama RapidKL iaitu Kelana Jaya Line dan Ampang Line. Maklumat lanjut mengenai projek tersebut boleh didapati di laman web berikut:


Selain faedah dari segi sistem pengangkutan awam yang lebih efisyen dan menyeluruh, nilai hartanah di sekitar laluan MRT tersebut juga akan mendapat faedah dari segi kenaikan harga dan peluang projek hartanah baru dibangunkan di sepanjang laluan tersebut. Cuba lihat video berikut:



Laluan lengkap dan kawasan bagi projek tersebut (sumber: laman web kvmrt.com.my) adalah seperti berikut:

Klik untuk lihat gambar penuh. 


Oleh itu, jika anda ada bajet lebih atau memang dalam perancangan untuk melabur dalam hartanah, pertimbangkan untuk melabur di "kawasan panas" di sepanjang laluan MRT tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekian.