Ahad, November 28, 2010

Perlu Urus Wang Dari Awal - CWA

Salam.

Saya nak share sikit pembacaan saya dari tabloid Mingguan mStar pada 28 Nov 2010 yang berkaitan pengurusan kewangan. Mingguan mStar ini adalah percuma dan dikepilkan bersama surat khabar The Star setiap hari Ahad.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA) - Tan Beng Wah, "kesilapan lazim yang sering dilakukan di kalangan rakyat Malaysia adalah menangguh pengurusan kewangan dan tidak bermula seawal mungkin". 

Kebanyakan professional muda banyak menghabiskan beberapa tahun pertama menikmati "kekayaan baru" dengan memperluasakan jaringan sosial, membeli kereta, sewa rumah, atau membayar deposit untuk membeli rumah pertama. Ramai golongan muda yang baru menyertai dunia pekerjaan terlupa untuk menyimpan dan menangguh keputusan untuk membuat pelaburan sehinggalah berdepan peringkat seterusnya seperti perkahwinan dan anak-anak," ulas beliau.


Membuat pelaburan pada usia muda adalah lebih disarankan, kerana pelabur masih muda, kurang komitmen, serta mampu mengambil risiko yang lebih besar, berbanding dengan individu yang sudah berkeluarga. Berikut ada 3 tips penting kepada professional muda yang mahu menguruskan kekayaan;

1. Berbelanja mengikut keperluan - Anda boleh berbelanja besar dan memanjakan diri tetapi hadkan kepada acara istimewa sahaja. Prinsip asas melabur adalah mempunyai lebihan pendapatan. Asingkan sejumlah wang untuk menyelesaikan hutang kad kredit dan melabur dalam skim amanah saham, bursa saham atau dana persaraan.

2. Tabiat pengurusan kewangan yang baik - Anda mesti mencabar diri untuk memperoleh pendapatan lebih bagus menerusi tabiat pengurusan kewangan yang baik. Sentiasa ingat bahawa wang pinjaman hanya patut digunakan untuk pelaburan.

3. Pinjaman bank yang berguna - Buat pinjaman bank jika melabur dalam aset seperti membeli hartanah atau melanjutkan pelajaran untuk membaiki potensi anda di masa depan. Jangan pinjam wang untuk mengekalkan gaya hidup mewah kerana anda akan dibebani hutang sia-sia.

Banyak lagi isi kandungan di dalam artikel tersebut. Saya hanya kongsi bahagian yang penting sahaja.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan