Saturday, November 20, 2010

Software Untuk Menguruskan Kewangan & Bajet

Salam.

Posting kali ini, saya nak kongsikan software-software berkaitan pengurusan kewangan yang pernah saya guna untuk menguruskan kewangan. Ada pelbagai software yang berstatus ‘freeware’, ‘shareware’, ‘open-source’, dan ‘online’ yang anda boleh gunakan. Just google aje.

Tapi di sini, saya akan kongsikan software yang paling mudah, ringkas, senang nak guna, dan senang nak paham. Lepas cuba beberapa software, setakat ini ada 2 software yang sesuai mengikut citarasa saya.

1. Kalkulator Belanjawan (Bank Negara Malaysia) 
Kalkulator ini dalam bentuk excel. Just masukkan jer jumlah pendapatan, jumlah bajet, belanja harian, dan maklumat lain. Seterusnya,  anda akan mengetahui cashflow anda samada lebihan atau defisit.  

Kalkulator ini lengkap menyenaraikan jenis perbelanjaan tetap dan perbelanjaan yang biasa kita lakukan, maka kita hanya perlu isi ruang yang berkaitan sahaja. Cuma, kalau ada jenis perbelanjaan yang tiada dan kita mahu tambah sendiri, tak boleh. Sebabnya kalkulator ini password-protected pada bahagian tertentu yang tidak boleh diubahsuai.
Berikut merupakan beberapa screen shot Kalkulator Belanjawan.




Anda boleh download kalkulator di sini.

Maklumat lanjut boleh lawati laman web Bank Negara Malaysia di sini.


2. dsBudget
dsBudget pula merupakan open-source software yang lebih kurang sama fungsi dengan Kalkulator Belanjawan, tapi menggunakan platform browser internet. Software ini akan dibuka melalui browser seperti Mozilla Firefox, Internet Explorer, dan Google Chrome.

Terdapat 4 bahagian utama dalam software ini (3 bahagian perlu diisi, 1 bahagian akan dikira secara automatik) iaitu:


  • Income & Deductions - untuk pendapatan bulanan & perbelanjaan yang wajib ditolak  
  • Budgeting - Perancangan bajet yang kita mahukan
  • Expenses - Perbelanjaan harian yang perlu dicatat (ini memerlukan disiplin dan kesungguhan)
  • Balance - Baki samada positif (Lebihan) atau negatif (Defisit).
Kelebihan dsBudget ialah ia dapat memaparkan data yang kita masukkan dalam bentuk graf dan carta. Selain itu, kita juga bebas mengkategorikan perbelanjaan dan mengubahsuai cara paparan data mengikut citarasa sendiri.

Berikut merupakan beberapa screen shot dsBudget.





Anda boleh download software dsBudget ini di sini.
Untuk maklumat lanjut, and boleh lawati webpage dsBudget di sini.
Harap pembaca sekalian mendapat manfaat daripada 2 software tersebut.
Sebarang komen mengenai pengalaman menggunakannya atau software lain yang anda nak recommend adalah dialu-alukan.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi membaca. 

No comments:

Post a Comment