Ahad, Disember 19, 2010

Rekodkan Perbelanjaan Harian Secara Efektif


Salam. 


Memang tidak dapat dinafikan, mengawal, memantau, merekod dan mengingati apa yang kita sudah belanjakan agak sukar untuk dilakukan. Namun, mengetahui ke mana perginya wang anda dibelanjakan adalah penting supaya anda dapat menguruskan kewangan secara berhemah. 
  
Salah satu cara untuk pastikan anda tahu pergerakan wang anda ialah dengan merekodkan perbelanjaan harian seperti makan & minum, minyak kereta, shopping, toll, dan lain2. Tapi, nak rekodkan tu pun memerlukan disiplin yang tinggi..Tiap-tiap hari kena rekod (ke buku 555 :D atau komputer). Kadang2..kita akan terlupa nak catatkan, mungkin sebab busy/malas/alasan2 lain. 
  
Ha..saya da jumpa cara untuk rekodkan perbelanjaan harian dengan lebih efektif. Caranya?...mudah sahaja. 
Gunakan telefon bimbit anda. Ya!..gunakan telefon bimbit anda, tak kiralah telefon anda kategori "budget phone", "smartphone", "multimedia phone" atau lain-lain jenis lagi. Kalau smartphone, memang mudah la..sebab mesti ada organizer yang support aplikasi nota seperti notepad & sticky notes. Kalau phone yang biasa aje pun still boleh rekodkan..caranya ialah dengan menyimpan rekod perbelanjaan dalam bentuk message/SMS dan simpan sebagai draf.