Tuesday, April 19, 2011

Semak "Market Price" Rumah Sebelum Beli

Salam.

Semasa melayari internet bagi menambah pengetahuan mengenai selok belok pelaburan hartanah, saya terjumpa website ni yang amat berguna: http://allhouseprice.my/

Pada masa blog ini ditulis, website tu masih dalam BETA version. Walau bagaimanapun, selepas mencuba mencari "market price" beberapa kawasan hartanah yang pernah saya duduki masa menyewa, saya dapati maklumat harga yang diberikan website tersebut boleh dipercayai.

Jadi, manfaatkanlah website tersebut sebaik-baiknya. Oh ye..antara tips-tips yang saya dapat mengenai pelaburan hartanah ni selepas melayari internet dan baca buku pelaburan ialah :

  • paling penting, pilih LOKASI yang betul. saya ulang, LOKASI, LOKASI, LOKASI.
  • pastikan anda "familiar" dengan kawasan perumahan yang anda nak beli
  • beli di bawah "market price", tak kisah lah dengan cara/sumber apa pun 
  • tetapkan objektif, samada nak sewakan atau duduk sendiri (kemudian jual  selepas beberapa tahun)
  • pastikan anda ada dana mencukupi, dinasihatkan 10% downpayment, dan 10% lagi untuk renovation asas dan pelbagai caj (seperti guaman, cukai, dll..)
  • pastikan anda dah ada ilmu mencukupi mengenai prosedur, proses, dan kerenah2 berurusan dengan pelbagi pihak semasa urusan jual beli rumah ni. 
  • pastikan anda dapat pendapatan pasif yang positif kalau rumah disewakan, bukan rugi.
Ada banyak lagi tips lain, tapi yang dicatat di atas ni adalah di antara yang penting dan paling asas pada pandangan saya. 

Ok. selamat mencuba!

2 comments:

  1. salam,

    saya baru duk baca2 pasal pelaburan hartanah ni terutamanya rumah lelong. macam mana kita nak dapatkan market value sesuatu rumah tu?

    ReplyDelete
  2. boleh survey harga melalui laman web seperti iProperty.com.my dan AllHousePrice.my. selain itu boleh bertanya penghuni rumah yang berdekatan harga belian mereka.

    ReplyDelete